Reverse™ ialah sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India). Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak spt estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan
estrogenik kepada organ khusus wanita spt payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi. Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid spt mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis dan mencantikkan kulit.
Phyto bermaksud tumbuhan. Ianya selamat dan memiliki pelbagai khasiat kesihatan. Kesan awet mudanya akan menyerlahkan dan menyerikan sifat-sifat kewanitaan pengamalnya di samping memastikan kecantikan kulit sentiasa terpelihara.